Kerjaya kelab Gunnar Nordahl

Sweden

Nordahl memulakan kerjayanya di kelab Hörnefors IF di Sweden sebelum berpindah ke Degerfors IF dan kemudian IFK Norrköping. Beliau memenangi empat kejuaraan Sweden bersama Norrköping dan pernah menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan. Ketika beliau beraksi di Sweden, Nordahl telah menjaringkan 149 gol dalam 172 perlawanan.

Itali

Nordahl melakukan perpindahan ke Milan pada 22 Januari 1949. Kemudian, beliau bergandingan dengan rakan sepasukan dari negara tanah airnya, Gunnar Gren dan Nils Liedholm untuk membentuk trio Gre-No-Li. Selama empat musim di Milan, beliau menjadi penjaring terbanyak liga sebanyak lima kali (1949–50, 1950–51, 1952–53, 1953–54 dan 1954–55).[3][4] Nordahl merupakan penjaring terbanyak Milan sepanjang zaman sebanyak 210 gol liga. Nordahl juga penjaring gol kedua terbanyak Serie A sepanjang zaman dengan mencetak 225 gol dalam 291 perlawanan.[5][6][7][8] Hanya Silvio Piola menjaringkan lebih banyak gol dalam sesatu musim[9] sehinggakan Francesco Totti memecah rekod itu pada Mac 2013. Oleh sebab itu, Nordahl menjadi penjaring terbanyak Serie A di kalangan pemain bukan dari negara Itali. Beliau juga merupakan penjaring gol efisien di Serie A dengan 0.77 gol per perlawanan.

Selepas meninggalkan Milan, Nordahl bermain untuk Roma buat dua musim. 35 gol disumbat Nordahl pada musim 1949-50 menjadikan sebagai rekod gol terbanyak dihasilkan dalam satu-satu musim Serie A (tidak termasuk Divisione Nazionale sebelum Serie A diperkenalkan). Tetapi rekod itu telah dikejutkan Gonzalo Higuaín pada musim 2015–16 yang menjaringkan 36 gol. Nordahl dianggap pada generasi hari ini sebagai seorang legenda buat kelab Milan. Apabila bekas penyerang Milan, Andriy Shevchenko menjaringkan gol ke-100nya di Serie A, seorang penyokong Milan komen: "Andai dia dapat gandakan nombor itu, dan tambahkan 26 lagi, kemudian beliau baru berjaya melepasiIl Cannoniere."

Rujukan

WikiPedia: Gunnar Nordahl http://www.fifa.com/classicfootball/players/player... http://www.rsssf.com/miscellaneous/nordahl-intlg.h... http://www.rsssf.com/players/zwed-players-in-it.ht... http://www.sports-reference.com/olympics/athletes/... http://isni.org/isni/0000000085370166 https://id.loc.gov/authorities/names/nb2003026098 https://viaf.org/viaf/12278670 https://www.wikidata.org/wiki/Q110111# https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Gunnar... https://www.worldcat.org/identities/containsVIAFID...